Blog ikutan

Wednesday, July 1, 2009

Nah..... Ni la pasai....

Cina Pun Sokong Tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelih Babi!!

DAP berundur.....bukan keluar!!



Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP keluar PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: 'DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR? Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungkin tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya 'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!

Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depannya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan akhbar Cina itu.

"Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!"

"I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya.

"Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah", kata saya.

"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah"

"Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu.

"Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya.

"Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya.

"Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya.

"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit saya.


~ pendikar gunung kriang


Ni nak bagitau kat Abg Thomas ni .... yang cakap ni org kedah ni...

"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!",

dan satu lagi.... hang mai Aloq Star Kepala hang aku putaq...

DAP keluar, PAS terkejut...

02 Julai 2009

DAP keluar: PAS terkejut, Pakatan bincang tengah hari ini

PETALING JAYA: PAS Pusat terkejut dengan keputusan DAP Kedah yang mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat negeri atas alasan tidak memperoleh penyelesaian memuaskan siri masalah yang wujud sejak Mac 2008.

"Kami agak terkejut dengan tindakan sedemikian rupa (keputusan DAP Kedah keluar Pakatan) kerana (mereka) patut tunggu pendirian kepimpinan pusat mereka," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online lewat malam tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah sambil mengakui kewujudan masalah-masalah khususnya yang berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Alor Setar berkata, beliau yakin bahawa kepimpinan pusat mempunyai pendirian terbuka dalam menyelesaikan isu berkenaan.


Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan perkembangan tersebut pada mesyuarat khas di bangunan Parlimen tengah hari ini.

"Saya yakin kami akan mencari penyelesaian terbaik hari ini apabila pemimpin Pakatan Rakyat bertemu," katanya.

"...akan ada satu penyelesaian sebagaimana kita selesaikan isu kerajaan perpaduan (minggu lepas)," katanya.

Perkembangan ini wujud 10 hari selepas Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seharis selepas Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini.

Agenda keputusan DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat akan menjadi agenda utama walaupun mesyuarat hari ini sebenarnya merupakan pertemuan biasa, kata beliau.

Sehubungan itu beliau juga menafikan bahawa Pakatan Rakyat Kedah sudah mula "rapuh" dengan keputusan DAP negeri semalam.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakankerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau.-mStar Online-


Bincang le bebaik ye yop... jangan le pasal benda kecik pun nak berbenci-bencian ye....

Yang si Thomas ni dah nak ganti Karpal Singh ke Lim Kit Siang Ke Lim Guan Eng ke????

Bila ada kerajaan perpaduan Harakah jadi laku...

Harakah edisi terbaru jadi tumpuan...
Jimadie Shah Othman
Jul 2, 09
12:10pm
Akhbar rasmi PAS, Harakah keluaran terbaru - yang mula diedarkan hari ini - menjadi tumpuan ramai ekoran laporan yang menyatakan pencetakannya dihentikan sementara, bagi membuang artikel mengenai isu kerajaan perpaduan tulisan seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu.

Artikel tersebut tulisan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang bertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?".

Difahamkan, artikel tersebut asalnya dimuatkan dalam sisipin akhbar itu, Fikrah.

harakah edisi julai 2009Tulisan beliau itu pada mulanya disiarkan dalam edisi di talian - Harakahdaily - tetapi kemudiannya turut dibuang.

Tidak dapat dipastikan tarikh ia dibuang, tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Dan artikel yang sama turut disiarkan dalam akhbar Harakah, menyebabkan percetakannya terpaksa dihentikan sementara untuk membolehkan ianya dibuang.

Semakan Malaysiakini dalam Harakah edisi terbaru itu mendapati ia tidak memuatkan tulisan bekas pengarah penyelidikan PAS pusat itu.

Sementara itu, Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
ehsan Malaysiakini


Ini apa lagi la yang nak di besarkan..... Ni... yang harakah ni kenapa la tak check dulu sebelum siarkan .... Memang suka ke dengan kerajaan perpaduan ni

Pakatan Rakyat Nak Jadi Barisan alternatif ke??

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat
Jul 1, 09 6:23pm
DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut. .....Malaysiakini....

Cuba la berbincang bersama sama dulu sebelum nak buat apa2 keputusan..

Pembukaan...


Saya Tetap sokong Pakatan Rakyat......