Blog ikutan

Tuesday, July 14, 2009

Pas Menang Besar la....

Tahniah di atasa kemenangan Pas di Manik Urai, 65 undi lebih pun sudah memadai kerana apa yang di tentang oleh Pas bukan lah hanya BN tetapi Kerajaan Malaysia.
Apa yang menyebabkan saya berkata demikian adalah kerana beberapa kenyataan dan peristiwa yang terjadi sepanjang PRU ini.... antaranya
1. Jambatan... Kenyataan dari TPM jelas menunjukan yang apa yang akan diberikan kepada rakyat itu adalah dari wang kerajaan (rakyat).Jelas sekali yang Kerajaan tak akan beri Jambatan kepada penduduk Manik Urai jika tiada pilihan raya(Itu pun kalau memang). Klik Sini.
2. Bag Misteri... walaupun masih samar apa isi kandungan dalam beg tersebut tapi rasanya kita sudah menduga. Klik Sini.
3. Upah mengundi... Korang rasa Pas ada ke duit nak bagi duit kat pengundi ni... habis ni siapa yang bagi ni... klik sini.

Dan pada aku walau apa yang Bn Nka cakap sekalipun Klik Sini dan sini. yang pentingnya Pas menang dan pada aku ini adalah kemenangan besar buat Pas...Klik Sini.

BN kalau rasa dah menang tu sila la buat jambatan yang dijanjikan ye......... hehehe

Friday, July 3, 2009

Dun Perak Bubar...

Betul ke???
sekarang bakal berlaku lagi pilihan raya ni.... bagus sungguh nie....
tapi tu la benda tak jadi tak leh percaya lagi nie....
masalah nya aku cuma dapat info dari blog jugak nie.
tunggu je la ye...
harap jadi le ye


http://edyesdotcom.blogspot.com/2009/07/apa-yang-sebenarnya-berlaku-di-perak.html

Kerajaan Perpaduan, Babi

Sekarang ni banyak sangat isu yang jadi kat Pakatan Rakyat ni....macam macam ...
saya mulakan dengan isu yang memula iaitu Kerajaan Perpaduan...
Kes yang dimulakan dengan TGHH dgn Ustaz Nasa ni telah dimainkan dengan kuat oleh umno dan Umno berharap sangat la kalau Pas akan setuju dengan perbincangan ini ... sebab bila ada saja perbincangan dengan Umno ni akan menyebabkan pakatan Rakyat(PR) akan berpecah dan seterusnya DAP dan PKR akan berjuang dengan sendiri dan jangan ingat pulak PAS akan berjaya membentuk kerajaan sebab tak akan terjadi BN nak buang prinsip mereka sebab nak bergabung dengan PAS ni... dan akhirnya PAS juga akan bersendirian.... Satu yang paling penting untuk PR tahu, sebab PR menang pada PRU12 hari tu bukan lah sebab Parti dalam PR terlalu kuat tetapi sebab yang sebenarnya kerana penolakan rakyat terhadap BN. Sekarang tengok pulak kat kedah DAP nak(dah) keluar dari PR sebab benda yang kecik je dan yang peliknya Gerakan dengan MCA dan mula nak berbincang dengan DAP ni, kan macam ada yang tak kena kan. sebelum ni ada beberapa pemimpin Umno berkata yang melayu dengan melayu susah nak berbincang tapi Cina mudah berbincang dengan cina sebab faktor perkauman yang kuat. Semua ni sebab nak pecah belahkan PR sahaja... Kalau betul la menurut Umno kaum cina ni sama seperti yang pemimpin umno cakap, MCA dan Gerakan patut bersatu dan bubar je salah satu parti tu... kalau ada india dalam gerakan masuk MIC atau Kimma(kalau yang muslim). Mereka sndiri pun berbeza ideologinya nak cuba untuk cakap berpaduan pulak ... Kalau la PAS dan Umno tubuh kerajaan perpaduan ni apa jadi dengan parti lain dalam BN. Tak kan mereka nak diam je. Cukup la sekali dah dipatuk jangan la kita sendiri mintak dipatuk lagi.

Yang keduanya kita bincang pasal Babi.
Start je JE sampai la selsema babi ni macam-macam la pasal babi ni tak habis2. terbaru pulak pasal MBAS robohkan pusat penyembelihan(ada tengkuk ke) babi. DAP riuh sangat la macam la apa yang dibuat kerajaan negeri tu salah sangat. cuba la tengok ade ke logiknya tempat tu kat situ, dah bagitau kan suruh cari tempat lain, dah bagi tempoh sebulan kan... semuanya macam tak kesah je ye.. bila nak roboh je marah... bukan di roboh tempat tu pasal tak suka cina tapi dah di complain oleh penduduk setempat tu patut kena la terima ye tak... ni nak pentingkan cina ke nak pentingkan rakyat ni... jangan la nak bagi orang sorak kan korang.. macam bebudak je, ingat la pemimpin PR oi.. lain kali cari la wakil parti korang tu dari golongan yang berfikiran tinggi biar pun belajar tak tinggi, jangan cari yang belajar tinggi tapi tak juga tinggi akalnya.
Bincang la semula bersama-sama dan jangan la bagi pihak lawan bersorak riang dengan kebodohan kita ni. (hal rumah tangga sendiri jangan nak cerita kat orang lain, selesaikan sendiri. tapi kalau nak cerita pun kena la bincang bersama sendiri dulu. Jangan pasal nak glamour nak tunjuk muka kat TV, Paper terus je buat keputusan sendiri... faham ke thomas su)

PR dah kuat dengan gabungan PAS,PKR dan DAP tak perlu Umno untuk beri tunjuk ajar.

Thursday, July 2, 2009

Debat jangan tak debat

Nik Aziz hantar surat pelawaan debat kepada Najib hari ini Salmah Mat Husain | Rizal Tahir
Thu | Jul 02, 09 | 3:29:21 pm MYT KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) � Biar pun Dato' Seri Najib Razak menolak pelawaan untuk berdebat dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun Menteri Besar Kelantan tetap menghantar surat kepada Perdana Menteri. Surat tersebut dipos hari ini yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Mursyidul Am PAS itu menandatangani surat berkenaan sebaik sahaja selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pagi tadi. Surat dua muka surat itu antara lain memuatkan penjelasan terhadap kenyataannya sebelum ini yang menyamakan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan Umno kerana menolak Islam. Katanya, ia sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah iaitu penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. [Photo] "Jauh dari segi maudhu' ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. "Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Umno juga turut sesat," soalnya Menurutnya seperti yang sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga katanya debat antara calon-calon Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta antara regu Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla berpasangan Wiranto. "Jika di Eropah dan negara negara demokrasi lain debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata, maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? "Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima," katanya. Sabtu lalu Menteri Besar Kelantan itu mencadangkan diadakan debat dengan Perdana Menteri bagi membincangkan sejauh mana perjuangan Umno tidak menyimpang dari agama. Bagaimanapun ramai pemimpin Umno termasuk dua mantan perdana menteri menasihatkan Najib tidak melayan pelawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kemudian beberapa hari selepas itu Najib membuat kenyataan tidak menerima debat tersebut. Menteri Besar Kelantan menjelaskan demokrasi yang sekular tidak pedulikan masalah aqidah. Persoalannya ialah istilah agama dan bukannya isu perlembagaan atau undang-undang. Isu debat timbul ekoran pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyifatkan Umno lebih kurang sama dengan ajaran Ayah Pin kerana menolak agama dalam perjuangan. - mj _

KAn dah cakap taknak...... tak faham ke... nanti bagi tau Rosmah kang...

Kerajaan perpaduan ... DAP ... Gerakan ?

Ada cadangan K'jaan perpaduan BN-DAP-PKR di Kedah

Syor tubuh k'jaan perpaduan BN-DAP-PKR di Kedah

Selepas cadangan kerajaan perpaduan PAS-Umno tidak menjadi kenyataan, kini Gerakan pula mengajak DAP dan PKR bekerjasama dengan BN untuk menubuhkan kerajaan perpaduan baru di Kedah.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, ia bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia di Kedah.

"Dan membantu pembangunan negeri Kedah, berdasarkan polisi-polisi yang lebih konstruktif, dinamik dan progresif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas keputusan DAP Kedah untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Katanya, keputusan DAP Kedah itu tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada kerajaan PAS Kedah, kecuali ia bersedia bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Selepas lebih daripada satu tahun, rakyat Kedah telah melihat polisi-polisi yang melampau yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri PAS yang tidak menguntungkan rakyat Kedah tetapi hanya melembabkan pembangunan negeri Kedah," katanya.

Di samping itu, katanya, juga penting bagi PKR Kedah membuat pertimbangan yang sewajarnya untuk membentuk kerajaan perpaduan BN-PKR-DAP di Kedah.

"...sekiranya PKR Kedah juga mempunyai matlamat untuk membantu semua rakyat di negeri Kedah," tambahnya.

Semalam, pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata, jawatankuasa DAP Kedah memutuskan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat di Kedah.

Katanya, keputusan itu buat ekoran kegagalan kerajaan PAS Kedah memberi layanan saksama kepada semua rakyat negeri itu.

Dua punca utama menyebabkan keputusan itu dibuat ialah tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan 50 peratus kuota perumahan bumiputera di negeri itu. Kedahlanie

Ni satu.....

Dan ini lagi satu..

Pakatan Rakyat Kedah sudah lama rapuh - Mahdzir

PETALING JAYA: Umno Kedah hari ini mahu mengambil 'sikap tunggu dan lihat' ekoran krisis politik yang melanda kerajaan Pakatan Rakyat Kedah di bawah pimpinan PAS semalam.

Sehubungan itu menurut bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datu Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan semalam turut mengiyakan kenyataan bahawa ikatan antara DAP dan PAS negeri jelas menunjukkan Pakatan Rakyat Kedah sememangnya sudah lama "rapuh".

"Hubungan mereka memang sudah lama rapuh..Perkara ini sudah lama kita tahu, tapi kita mahu ambil sikap tunggu nak lihat.

"Itu lebih baik. Saya lihat apa yang terjadi adalah kerana hubungan kedua-dua parti yang sangat berbeza dari aspek ideologi dan polisi masing-masing, ini menyukarkan urusan pentadbiran kerajaan negeri," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan DAP Kedah semalam yang memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran rasa tidak puas hati dalam beberapa isu berkaitan pentadbiran kerajaan negeri.

Ketika ditanya adakah beliau menjangkakan krisis politik yang melanda Perak akan turut dirasai di Kedah, Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata:

"Saya lihat perkara itu tidak mustahil akan berlaku.Jika kedua-dua parti (DAP dan PAS) tidak mampu mencari jalan penyelesaian. keadaan yang terjadi di Perak mungkin berlaku di sini juga (Kedah)."

Bagaimanapun Mahdzir yang juga Ketua Pembangkan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu enggan mengulas mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Badan Perhubungan Umno Kedah selepas ini.

"Yang itu saya tak boleh komen, kita tunggu keputusan daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)," katanya.

Sementara itu, kepimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan perkembangan mengenai krisis politik yang melanda DAP dan PAS Kedah dalam satu mesyuarat khas di bangunan Parlimen tengah hari ini.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat Kedah ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan raya mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

Sementara itu Bernama melaporkan, Thomas Su berkata kerajaan pimpinan PAS adalah kerajaan yang lemah malah sering menimbulkan masalah kaum termasuk mengenakan kuota perumahan Bumiputera sebanyak 50 peratus.

Azizan pula memberi reaksi balas dengan menyifatkan tindakan DAP negeri itu sebagai mengatasi keputusan pucuk pimpinan mereka sendiri. Beliau berkata senario politik di Kedah tidak sama dengan negeri-negeri lain kerana budaya masyarakat dan isu-isu tempatan adalah berbeza.

"Apa DAP mahu saya tidak faham. DAP selalu cakap semua rakyat harus menghormati undangundang tetapi dalam masa yang sama DAP cuba membela pihak yang melanggar undangundang," katanya merujuk kepada sebuah pusat penyembelihan babi tanpa lesen di Kampung Berjaya di sini yang diarah dirobohkan oleh kerajaan negeri.

Azizan berkata jika DAP tidak berminat lagi untuk bersepakat dalam kerajaan negeri di Kedah, terpulanglah kepada pimpinan pakatan pembangkang pusat untuk membuat keputusan mengenainya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian memberitahu Bernama bahawa keretakan dalam pakatan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, sebenarnya berpunca daripada ketiadaan kesefahaman yang kukuh.

Katanya apa yang berlaku di Kedah memperlihatkan seolah-olah banyak isu sesama mereka belum selesai dan pemimpinpemimpin mereka belum matang dalam pembentukan sebuah kerajaan.

Sivamurugan berkata, akibat terlalu berpolitik, mereka mungkin lupa mengenai kebajikan rakyat yang harus diberi keutamaan.

Katanya, masalah paling besar ialah setiap negeri yang dipimpin oleh gabungan tiga parti itu mempunyai perspektif yang berbeza dan mereka belum ada kesefahaman yang komprehensif.

Sebagai contoh, katanya, di Selangor perspektif kerajaan itu adalah dari sudut kepimpinan PKR, di Pulau Pinang pula ialah DAP dan di Kedah pula keutamaannya ialah PAS.

"Ketidaksepakatan inilah yang menyebabkan sehingga meroboh pusat penyembelihan babi pun menjadi satu isu yang besar," katanya. -mystar-

Sebenarnya nak jugak la DAP kedah ni dgn kerajaan perpaduan nie...

Tapi gerakan kalau gabung dengan dap nie boleh ke nak perintah Kedah tu... jeng...jeng...jeng...

Umno pun join kot.... kalau macam ni betul la 1 malaysia tu sama dengan malaysia-malaysian...



Kula oh Kula

02 July 2009

Naib Pengerusi DAP, M. Kulasekaran sokong keluar Pakatan Kedah

DAP Pusat sokong keluar Pakatan Kedah

KUALA LUMPUR: DAP Pusat menyokong kepimpinan parti itu di peringkat Kedah yang semalam memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat ekoran kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan siri masalah sejak Mac 2008.

"Saya menyokong penuh dan memberi 'perakuan' ke atas keputusan untuk membawa keluar DAP daripada Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat," kata Naib Pengerusi DAP, M. Kulasekaran ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kepimpinan tertinggi DAP menyedari kewujudan isu-isu yang menjadi punca kepada perkembangan terbaru ini.

Difahamkan dalam apa juga kes membabitkan tindakan DAP negeri, keputusan mereka perlu memperoleh perakuan kepimpinan pusat iaitu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi membuat keputusan.

Sambil mengakui dua isu utama iaitu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar dan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera dalam projek pembangunan perumahan yang dikuatkuasakan sejak September lalu, Kulasekaran berkata:

"Menteri Besar Kedah seharusnya dan sewajarnya telah menyelesaikan isu-isu ini."

Beliau turut melahirkan kebimbangan masalah yang sama akan "menjangkiti negeri-negeri lain."

"Kebimbangan saya ialah perpecahan di Kedah akan merebak ke negeri-negeri lain. Keadaan ini sudah tentu perlu dikawal.

"Sebelum kita mencari penyelesaian, kita perlu mencari punca masalah," katanya.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau.


Ni mesti nak kata yang Pakatan Rakyat menang sebab DAP ni... nak bagitau sikit la Pakatan Rakyat menang sebab orang benci BN tau.....DAP oh DAP

Bincang jangan tak bincang...

DAP keluar Pakatan, pemimpin PR anggap bukan isu serius

KUALA LUMPUR: Tindakan DAP Kedah yang mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat semalam tidak akan menjejaskan ikatan tiga parti yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS dalam Pakatan.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memaklumkan mengenai hal itu kepada beliau semalam dan percaya hal itu akan dapat diselesaikan.

Sementara itu, Presiden DAP, Karpal Singh juga percaya hal itu dapat diselesaikan dan ia bukan satu isu serius yang boleh memecahbelahkan Pakatan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, beliau akan ke Kedah pada Sabtu ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu dan perkara itu akan dibawa pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat.....Mystar

..... Dah ku katakan yang benda ni dibuat tanpa bincang... macam mana la pemimpin pun tak tau tentang hal ni... nak gila kuasa ke...

Wednesday, July 1, 2009

Nah..... Ni la pasai....

Cina Pun Sokong Tindakan Kedah Roboh Rumah Sembelih Babi!!

DAP berundur.....bukan keluar!!



Hari ini seperti dijangka, banyak akhbar memuatkan berita gempar: DAP keluar PR Kedah. Yang seronoknya ialah kepala berita sesetengah akhbar-akhbar Melayu (tak payah sebut nama, tak perlu publisiti nama depa) yang tajuknya: 'DAP keluar Pakatan'. Sejak bila DAP keluar PR? Yang keluar PR ialah DAP Kedah, bukan DAP Pusat. Tajuk 'keluar' juga mungkin tidak tepat, sebab kenyataan Pengerusi DAP Kedah menyebut partinya 'berundur' dari PR Kedah. Berundur dan keluar ada bezanya. 'Berundur' boleh melangkah ke depan balik, keluar mungkin tak masuk-masuk lagi!

Baru sebentar tadi saya mengunjungi kedai runcit di kawasan perumahan saya yang dimiliki oleh seorang anak muda Cina untuk memasukkan kredit telefon bimbit. Si-pekedai itu ketika itu sedang membaca akhbar Cina yang tajuk depannya pasti berita mengenai tindakan DAP Kedah itu. Saya tidak perlu memahami apa yang ditulis dalam akhbar yang dibacanya, melihat gambar Pengerusi DAP Kedah dan Ustaz Azizan di dalamnya sudah cukup menceritakan maksud kandungan akhbar Cina itu.

"Tak patut betoi kerajaan Kedah ni", saya cuba mencetus provokasi, "Ada ka patut depa pi roboh rumah sembelih babi tu!"

"I kata patut!!", tiba-tiba kata anak muda yang memang fasih berbahasa Melayu itu. Suaranya yang nyaring mengejutkan saya.

"Pasai apa hang kata patut, ramai orang Cina marah dengan kerajaan Kedah", kata saya.

"Sapa kata Cina marah. I tak marah, mak I...", katanya sambil menunjuk jari kepada emaknya yang sedang melayan seorang pelanggan lain, "Mak I pun tak marah. Semua 7 adik beradik kami di rumah ni pun tak marah! Kalau you pi tanya orang Cina lain pun, I percaya ramai yang macam I juga, tak marah"

"Kalau rumah sembelih lembu duduk kat situ, duduk tengah-tengah pekan, duduk dekat tempat kedai makan dan pasar, kemudian kerajaan pi roboh, you marah dak?", tanya pemuda itu.

"Pasai apa nak marah, saya tak marah", jawab saya.

"Sebab tu kami juga tak marah. Memang patut rumah sembelih di tempat dekat dengan orang ramai berkumpoi macam tu diroboh, baunya tak elok, macam rumah sembelih lembu juga, baunya mesti tak elok", jelasnya.

"Tapi DAP marah, depa keluar Pakatan", kata saya.

"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!", kata pemuda itu sambil memasukkan nombor kredit ke dalam telefon bimbit saya.


~ pendikar gunung kriang


Ni nak bagitau kat Abg Thomas ni .... yang cakap ni org kedah ni...

"Depa keluar sebab depa tak cerdik. Orang cerdik tak marah benda tak elok ada depan depa!",

dan satu lagi.... hang mai Aloq Star Kepala hang aku putaq...

DAP keluar, PAS terkejut...

02 Julai 2009

DAP keluar: PAS terkejut, Pakatan bincang tengah hari ini

PETALING JAYA: PAS Pusat terkejut dengan keputusan DAP Kedah yang mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat negeri atas alasan tidak memperoleh penyelesaian memuaskan siri masalah yang wujud sejak Mac 2008.

"Kami agak terkejut dengan tindakan sedemikian rupa (keputusan DAP Kedah keluar Pakatan) kerana (mereka) patut tunggu pendirian kepimpinan pusat mereka," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online lewat malam tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah sambil mengakui kewujudan masalah-masalah khususnya yang berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Alor Setar berkata, beliau yakin bahawa kepimpinan pusat mempunyai pendirian terbuka dalam menyelesaikan isu berkenaan.


Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan perkembangan tersebut pada mesyuarat khas di bangunan Parlimen tengah hari ini.

"Saya yakin kami akan mencari penyelesaian terbaik hari ini apabila pemimpin Pakatan Rakyat bertemu," katanya.

"...akan ada satu penyelesaian sebagaimana kita selesaikan isu kerajaan perpaduan (minggu lepas)," katanya.

Perkembangan ini wujud 10 hari selepas Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seharis selepas Himpunan Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat di sini.

Agenda keputusan DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat akan menjadi agenda utama walaupun mesyuarat hari ini sebenarnya merupakan pertemuan biasa, kata beliau.

Sehubungan itu beliau juga menafikan bahawa Pakatan Rakyat Kedah sudah mula "rapuh" dengan keputusan DAP negeri semalam.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakankerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau.-mStar Online-


Bincang le bebaik ye yop... jangan le pasal benda kecik pun nak berbenci-bencian ye....

Yang si Thomas ni dah nak ganti Karpal Singh ke Lim Kit Siang Ke Lim Guan Eng ke????

Bila ada kerajaan perpaduan Harakah jadi laku...

Harakah edisi terbaru jadi tumpuan...
Jimadie Shah Othman
Jul 2, 09
12:10pm
Akhbar rasmi PAS, Harakah keluaran terbaru - yang mula diedarkan hari ini - menjadi tumpuan ramai ekoran laporan yang menyatakan pencetakannya dihentikan sementara, bagi membuang artikel mengenai isu kerajaan perpaduan tulisan seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu.

Artikel tersebut tulisan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang bertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?".

Difahamkan, artikel tersebut asalnya dimuatkan dalam sisipin akhbar itu, Fikrah.

harakah edisi julai 2009Tulisan beliau itu pada mulanya disiarkan dalam edisi di talian - Harakahdaily - tetapi kemudiannya turut dibuang.

Tidak dapat dipastikan tarikh ia dibuang, tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Dan artikel yang sama turut disiarkan dalam akhbar Harakah, menyebabkan percetakannya terpaksa dihentikan sementara untuk membolehkan ianya dibuang.

Semakan Malaysiakini dalam Harakah edisi terbaru itu mendapati ia tidak memuatkan tulisan bekas pengarah penyelidikan PAS pusat itu.

Sementara itu, Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
ehsan Malaysiakini


Ini apa lagi la yang nak di besarkan..... Ni... yang harakah ni kenapa la tak check dulu sebelum siarkan .... Memang suka ke dengan kerajaan perpaduan ni

Pakatan Rakyat Nak Jadi Barisan alternatif ke??

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat
Jul 1, 09 6:23pm
DAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut. .....Malaysiakini....

Cuba la berbincang bersama sama dulu sebelum nak buat apa2 keputusan..

Pembukaan...


Saya Tetap sokong Pakatan Rakyat......